Skuad penghantaran bantuan Team Selangor masih bekerja dari hari pertama.
Hari ini kami ke Pulau Carey, Klang dengan bantuan makanan (ready to eat) dan beras sebanyak 300 set.
Sehingga hari ini, sebanyak 3259 bakul makanan telah diedarkan kepada mangsa banjir di Selangor.
Kami akan terus bekerja untuk membantu mereka yang memerlukan.
Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada tenaga sukarelawan yang membantu mangsa banjir, daftarkan diri anda di http://bit.ly/SkuadBencanaTeamSelangor
Dapatkan perkembangan aktiviti dan operasi edaran bantuan banjir yang digerakkan oleh Team Selangor di https://teamselangor.org/ops-banjir-team-selangor-2021/