fbpx

Day: December 28, 2021

Sukarelawan hantar 300 set bantuan makanan ke Pulau Carey, Klang

Skuad penghantaran bantuan Team Selangor masih bekerja dari hari pertama. Hari ini kami ke Pulau Carey, Klang dengan bantuan makanan (ready to eat) dan beras sebanyak 300 set. Sehingga hari ini, sebanyak 3259 bakul makanan telah diedarkan kepada mangsa banjir di Selangor. Kami akan terus bekerja untuk membantu mereka yang memerlukan. Jika anda berminat untuk …

Sukarelawan hantar 300 set bantuan makanan ke Pulau Carey, Klang Read More »

150 orang sukarelawan Team Selangor turun membantu ke tujuh buah kawasan terjejas (27 Disember 2021)

Operasi pembersihan pasca banjir hari ini melibatkan 150 orang sukarelawan yang turun membantu ke tujuh buah kawasan yang terjejas iaitu: Kg Bukit Kuching, Kuala Selangor Kg Bukit Changgang, Kuala Langat Kg Sungai Baru, Puchong Kg Seri Kenangan, Puchong Taman Seri Muda, Shah Alam Kg Padang Jawa, Klang Kg Batu 16, Hulu LangatSelain daripada menjalankan kerja-kerja …

150 orang sukarelawan Team Selangor turun membantu ke tujuh buah kawasan terjejas (27 Disember 2021) Read More »

35 orang sukarelawan Team Selangor bersama mahasiswa Universiti Selangor telah turun ke Kg Bukit Kuching, Kuala Selangor

Khidmat Bakti Terus Diberi 35 orang sukarelawan Team Selangor bersama mahasiswa Universiti Selangor telah turun ke Kg Bukit Kuching, Kuala Selangor dalam usaha untuk membantu proses pembersihan rumah pasca banjir. Selain itu, bantuan sepertibeg makanan, tilam dan tikar turut diedarkan bagi menggurangkan beban yang ditanggun oleh rakyat. #KitaSelangor #SelangorBangkit #TeamSelangor Previous Next

40 orang sukarelawan Team Selangor bersama Puan Nor Aishah Abdul Majid, Ahli Majlis Zon 12 turun ke RTB Bukit Changgang, Banting.

40 orang sukarelawan Team Selangor bersama Puan Nor Aishah Abdul Majid, Ahli Majlis Zon 12 hari ini turun ke RTB Bukit Changgang, Banting. Sebanyak sembilan buah rumah berjaya dibersihkan dalam operasi pembersihan yang memakan masa enam jam. Terima kasih kepada suakrelawan yang terlibat, Kita Bangkit Bersama! #SelangorBangkit #KitaSelangor #Banjir2021 Previous Next