Rewang bukan sekadar senduk dan kuali, tapi pengikat hati dalam komuniti yang harmoni 🧑🍳✨
Program Rewang Bubur Asyura Komuniti Persatuan Penduduk Pangsapuri Seksyen 7 (PPPS7) bersama Team Selangor telah berjaya dilaksanakan pada hujung minggu yang lalu.
Rewang yang berlangsung di Bilik Gerakan KRT, Pangsapuri PKNS Seksyen 7, Shah Alam telah berjaya menghimpunkan seramai 35 orang komuniti dan sukarelawan Team Selangor.
Hasil daripada 4 jam rewang bersama telah menghasilkan 200 bungkus bubur asyura gaya utara yang cukup istimewa. Bubur-bubur ini akan diagihkan kepada penduduk sekitar pangsapuri.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dan menjayakan program ini.
Bagi yang masih ketinggalan dengan program-program Team Selangor setiap minggu, anda boleh klik pautan di bio kami untuk update program terkini setiap minggu.
Jumpa anda minggu hadapan!
#KotaAnggerik
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani
Program Rewang Bubur Asyura Komuniti Persatuan Penduduk Pangsapuri Seksyen 7 (PPPS7)
- ,
- , Hebahan, Program, TS Komuniti, TS Wanita