Tanjong Sepat Berbatik Membersihkan Pantai?!

Program Batik Plogging bersama YDP PEKAWANIS telah berlangsung di Pantai Batu Laut, Tanjong Sepat dengan penglibatan aktif komuniti setempat. Program ini dianjurkan oleh PEKAWANIS anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tanjong Sepat dan Team Selangor sebagai rakan pelaksana sukarelawan.

Majlis telah disempurnakan oleh Datin Seri Masdiana binti Muhamad, YDP PEKAWANIS, serta diserikan dengan kehadiran YB Borhan Aman Shah, EXCO Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Tanjong Sepat.

Keunikan program ini terserlah melalui aktiviti plogging sambil memakai busana batik, yang menggabungkan warisan budaya tempatan, gaya hidup sihat dan kesedaran alam sekitar. Pendekatan kreatif ini berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat sekitar Tanjong Sepat.

Program dimulakan dengan senaman dan zumba sebelum diteruskan dengan plogging pembersihan pantai. Hasil komitmen bersama, sebanyak 398.65 kg sampah berjaya dikumpulkan, mencerminkan semangat tanggungjawab kolektif masyarakat.

Penglibatan sukarelawan Team Selangor dalam proses pengauditan sampah turut memastikan pengasingan sisa mengikut kategori kitar semula, sejajar dengan peranan Team Selangor sebagai pemudah cara gerak kerja komuniti berimpak tinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sukarelawan dan penduduk yang menjayakan program ini demi kesejahteraan dan kelestarian Selangor.

#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani

Share this post