GOTONG-ROYONG MADANI KAMPUNG TANJUNG SEPAT

Program Gotong-Royong Madani ini merupakan anjuran bersama Team Selangor dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Sepat. Program ini dilihat bertujuan memupuk semangat kerjasama dan memperindah kawasan komuniti.

Aktiviti gotong-royong telah berlangsung bermula jam 2.00 petang di sekitar kawasan Balairaya Kampung Tanjung Sepat, dengan penyertaan aktif daripada golongan belia, wanita dan penduduk setempat.

Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Puan Rukiyah Kolemchery, Ahli Majlis Zon 23, yang turut hadir memeriahkan suasana.

Sebagai tanda penghargaan, jamuan ringan turut disediakan kepada semua tetamu dan sukarelawan yang hadir dan turut sama menjayakan program ini.

✨ Ingin sertai kami hujung minggu ini?
Daftar segera melalui pautan di bio kami!

#TanjongSepat
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani

Share this post