Festival Turath Islami 3.0 Selangor 2025

Hari ketujuh Festival Turath Islami Selangor (FTIS 3.0) menyaksikan kehadiran ribuan pencinta ilmu agama yang membanjiri Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi menghadiri syarahan perdana yang berlangsung malam tadi.

Syarahan bertajuk “Pedoman Mendidik Anak ke Arah Menghargai Warisan Keilmuan Islam” telah disampaikan oleh pendakwah terkemuka, Dr. Adi Hidayat dari Indonesia. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Majlis turut merakamkan penghargaan khas buat Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), yang telah kembali ke rahmatullah pada Jun lalu.

FTIS 3.0 akan berlangsung sehingga 20 Julai 2025 dengan pelbagai pengisian menarik bersama para ulama’ tersohor, menjadikan festival ini sarat dengan manfaat dan limpahan ilmu buat semua lapisan masyarakat.

#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani

Share this post