Zumba Team Selangor Siri 3 gegar Kuala Selangor!
Lebih 170 peserta wanita penuh tenaga memeriahkan Program Zumba Team Selangor Kuala Selangor Siri 3 dengan bertemakan “Cute & Cuddly” yang berlangsung di Dewan Rafulin, SK Bukit Badong, Ijok.
Dengan suasana ceria dan berpakaian comel, para peserta menzahirkan semangat serta keceriaan menerusi gerakan zumba yang dipimpin oleh Zin terlatih.
Turut hadir, Tuan Zailani Bin Kadir, Penyelaras DUN Ijok yang menyempurnakan penutupan program serta menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada peserta.
Komuniti hari ini bukan sekadar berzumba, tetapi juga memperkasa wanita Kuala Selangor untuk kekal aktif, sihat dan yakin seiring matlamat Team Selangor dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti.
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani
