Meriah dan penuh warna. Program Zumba Ria Team Selangor 2.0 di Dewan Orang Ramai Batang Kali menghimpunkan 120 peserta wanita yang tampil bergaya dengan tema Diwali, meraikan keharmonian menjelang Deepavali.
Program anjuran Unit Wanita Team Selangor dengan kerjasama PWB DUN Kuala Kubu Bharu, Ahli Majlis MPHS Zon 13, PeBS dan Kelab FOS Care ini menyemarakkan semangat sihat, ceria dan bersatu dalam komuniti.
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani
