Zumba Hari Malaysia Wanita Hulu Klang 2025

Zumba Hari Malaysia Wanita Hulu Klang 2025

Hujung minggu, Wanita Hulu Klang tak duduk rumah

13 September, Dewan Orang Ramai AU1/2 Taman Keramat dipenuhi dengan wanita berjiwa patriotik apabila seramai 34 wanita Hulu Klang berkumpul untuk berzumba sempena sambutan Hari Malaysia.

Coach Naniecap mengetuai zumba pada kali ini telah memberikan semangat yang tinggi kepada semua peserta yang hadir. Kesemua peserta aktif berzumba mengikut irama rancak dengan semangat Hari Malaysia yang bakal menjelang Selasa ini.

Program ini membuktikan wanita Hulu Klang bukan sahaja tulang belakang keluarga, tetapi juga penggerak gaya hidup sihat, harmoni dan berjiwa patriotik.

Wanita Sihat, Komuniti Hebat, Malaysia Kuat!

#HuluKlang
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani

Share this post