Siapa Kami

Inisiatif Komuniti Team Selangor

Team Selangor merupakan satu inisiatif yang digerakkan oleh Seketariat Kesedaran Kenegaraan dan Kesukarelaan Negeri Selangor. Inisiatif ini terbuka kepada orang ramai yang menetap di Selangor. Jelasnya, sesiapa sahaja yang merasakan atau ingin merasakan dirinya sebahagian daripada negeri Selangor sangat digalakkan untuk menyertai Team Selangor tanpa mengira latar belakang pekerjaan, pendidikan mahupun had usia.

Apakah matlamat Team Selangor?

Team Selangor memiliki tiga matlamat utama:

  • Memupuk nilai kesukarelawanan dan mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti di Selangor,
  • Membantu mengenal pasti isu-isu setempat dan menghasilkan penyelesaian yang bersifat lokal, melalui penglibatan langsung daripada komuniti pada peringkat akar umbi,
  • Mempertingkatkan lagi kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan di negeri Selangor, baik pada peringkat negeri mahupun kerajaan tempatan.

 

Apakah program yang dikelola Team Selangor?

Program utama Team Selangor ialah projek kesukarelawanan komuniti. Projek ini dikelolakan oleh Sekretariat Kesedaran Kenegaraan dan Kesukarelaan Negeri Selangor dengan kerjasama komuniti setempat.

Team Selangor menganjurkan siri bengkel latihan kepada sukarelawan dan bakal sukarelawan yang berminat mendalami konsep dan kaedah pelaksanaan program kesukarelawanan.

Pada masa yang sama, Team Selangor menawarkan geran Sukarelawan Selangor yang membiayai projek-projek kesukarelawanan di negeri ini. Bagi maklumat lanjut, sila klik di sini.