Banjir di Kg Lombong meninggalkan lumpur setinggi satu inci. Bukan itu sahaja, perabot dan peralatan rumah yang rosak, bertimbun di kawasan pengumpulan sampah.
Team Selangor bersama Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor – Pekawanis turun ke Kg Lombong membantu penduduk setempat membersihkan rumah pasca banjir yang melanda Selangor.
Turut hadir sama dalam operasi pembersihan tersebut YDP Pekawanis, Datin Seri Masdiana Muhamad yang juga merupakan isteri kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
Terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah menyumbangkan tenaga.
Selangor pasti akan bangkit semula!
Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada tenaga sukarelawan yang membantu mangsa banjir, daftarkan diri anda di http://bit.ly/SkuadBencanaTeamSelangor
Dapatkan perkembangan aktiviti dan operasi edaran bantuan banjir yang digerakkan oleh Team Selangor di https://teamselangor.org/ops-banjir-team-selangor-2021/
