Team Selangor bantu jayakan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) di Assam Jawa, Kuala Selangor

Kurangkan Beban Tanggungan Rakyat
Team Selangor hadir sama menjayakan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) di Assam Jawa, Kuala Selangor.
JER adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat. Rakyat boleh mendapatkan barangan harian seperti ayam, ikan, daging, beras dan telur dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.
Team Selangor memberikan penerangan dan mempromosikan Iltizam Selangor Penyayang (ISP) seperti Skim Insurans Am Selangor (INSAN) dan Skim Air Darul Ehsan (SADE) kepada pengunjung yang hadir.
Anda dah daftar INSAN? Jika belum, boleh daftar di https://programinsan.com/

Share this post