Helang MC sampai Kuala Selangor. 200 motor, satu arah!
Konvoi yang menghimpunkan belia dari Lembah Jaya dan Klang ini menyaksikan pelepasan pasukan dari Lembah Jaya oleh YB Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad sebelum bergabung di Kuala Selangor.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Thiban Subramaniam, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Melawati, yang menyokong usaha memperkasa belia dengan menjadikan permotoran sebagai jambatan perpaduan komuniti.
Selain berkonvoi, peserta turut menjalankan aktiviti plogging, menikmati jamuan BBQ, dan menyertai sukan rakyat bersama komuniti setempat, menjadikan program ini simbol kesepaduan, semangat belia dan kesukarelawanan di Selangor.
Program seperti ini mungkin jarang diadakan, tapi semangat dan sambutan hari ini buktikan ramai belia Selangor masih punya jiwa kesukarelawanan yang kuat.
Semoga jadi titik mula untuk lebih ramai sertai program Team Selangor selepas ini!
#TSBikesDay2025
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani
