Tart Velvet Untuk Tahun Baru Cina
Bengkel Masakan Tart Velvet sempena Tahun Baru Cina 2023 telah berjaya menarik minat 40 orang peserta.
Program kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sungai Pelek, Team Selangor, Ahli Majlis Zon Sungai Pelek dan MPKK Kg Baru Sungai Pelek diadakan dengan tujuan untuk memperkasakan wanita khususnya dalam bidang masakan.
Dalam program tersebut, Team Selangor telah membuka kaunter semakan dan pendaftaran Skim Ansurans Am Selangor (INSAN) dan Skim Air Darul Ehsan (SADE) buat penduduk sekitar DUN Sungai Pelek.
Anda dah daftar INSAN? Jika belum, boleh daftar di https://programinsan.com/
Previous
Next