fbpx

Sedutan Video Pembersihan Kampung Lombong, Puchong

Bila ada ujian yang melanda, kita semua akan bersatu untuk membantu.
Waktu itu, tidak kira agama, kaum dan warna kulit, semua akan berpadu tenaga.
Team Selangor bersama Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor – Pekawanis turun ke Kg Lombong membantu penduduk setempat membersihkan rumah pasca banjir yang melanda Selangor.
Turut hadir sama dalam operasi pembersihan tersebut YDP Pekawanis, Datin Seri Masdiana Muhamad yang juga merupakan isteri kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
Urusan pembersihan di Kg Lombong tidak akan lancar tanpa bantuan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam yang menyediakan peralatan dan kelengkapan pembersihan pasca banjir. MBSA turut mengedarkan bantuan untuk rakyat bagi meringankan beban yang ditanggung.
Turut ke lapangan membantu rakyat ialah Datin Firdaus Hj Opir, YDP Puspanita Mbsa bersama dengan sukarelawannya membantu kerja-kerja pembersihan di Kg Lombong.
Terima kasih, buat semua sukarelawan yang sudi membantu di kala rakyat Selangor diuji.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter