Rewang Melewar dan Konvoi Pembersihan Tanah Perkuburan

Komuniti pangsapuri Melewar telah bersama-sama Team Selangor menggembleng tenaga menjayakan program rewang kenduri rakyat di Pangsapuri Melewar dan gotong-royong pembersihan kubur Batu Tiga, Shah Alam secara konvoi bermotosikal.

Seramai 80 orang penduduk Pangsapuri Melewar telah turut serta dalam program ini yang dimulakan dengan aktiviti rewang di kawasan pangsapuri, sebelum disusuli dengan konvoi 30 buah motosikal ke Tanah Perkuburan Batu Tiga. Konvoi ini membawa misi murni berteraskan semangat kebersamaan dan kekuatan komuniti.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyumbang tenaga serta masa demi kebaikan bersama. Semoga usaha ini menjadi saham akhirat untuk kita semua.

#BatuTiga
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani

Share this post