Rewang Awal Muharram di Flat Taman Medan Cahaya

Surau Attaufiqiah, Flat Taman Medan Cahaya cukup meriah apabila 50 orang penduduk bersama-sama dalam mengimarahkan Program Rewang Awal Muharram.

Turut memeriahkan program, Ahli Majlis MBPJ Zon 18, Encik Muhammad Nabil Halimi sudi hadir untuk merasmikan program dan beramah mesra bersama komuniti Flat Taman Medan Cahaya.

Lebih mengujakan lagi, program ini turut menyediakan pemeriksaan darah secara PERCUMA untuk semua yang hadir!
Sambil merewang dan bergelak tawa, kesihatan pun terjaga!

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Semoga aktiviti rewang ini dapat diadakan dalam mengeratkan lagi komuniti setempat

#TamanMedan
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani

Share this post