Program Saringan Kesihatan Percuma Pinggiran Batu Caves

Team Selangor dengan kerjasama Ahli Majlis MPS Zon 4, Badan-Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Batu Caves dan Badan Bukan Kerajaan lain telah mengadakan saringan kesihatan percuma kepada penduduk di Rumah Pangsa Batu Caves.
150 orang telah hadir dan menjalankan saringan kesihatan yang telah disediakan. Program ini telah dirasmikan oleh Penyelaras Dun Gombak Setia Tuan A. Rahim Kasdi
Pusat Khidmat Rakyat (Penyelaras) Dun Gombak Setia juga membuka kaunter pendaftaran bagi program Iltizam Selangor Penyayang daripada Kerajaan Negeri Selangor.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Share this post