Program Rewang dan Ceramah Maal Hijrah anjuran bersama Team Selangor, Surau Al-Mukmin PPR Seksyen 8, dan Pertubuhan Kebajikan PPR Seksyen 8 Kota Damansara telah berlangsung dengan jayanya.
Aktiviti rewang yang dijalankan bukan sahaja memperlihatkan semangat gotong-royong, malah memperkukuh hubungan erat dalam kalangan komuniti PPR Seksyen 8.
Majlis turut diserikan dengan ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hasini, Imam 2 Masjid Kota Damansara, pengisian rohani yang mengukuhkan lagi nilai ukhwah sesama masyarakat.
YB Tuan Muhammad Izuan Ahmad Kasim, ADUN Kota Damansara, turut hadir merasmikan program dan mengambil peluang beramah mesra dengan penduduk setempat yang memeriahkan majlis.
Program sebegini diharap dapat terus mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Ingin sertai kami hujung minggu ini?Daftar segera melalui pautan di bio kami!
#KotaDamansara
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani
Program Rewang dan Ceramah Maal Hijrah
- ,
- , Hebahan, Kategori, Program, TS Komuniti, TS Wanita