SELANGOR CINTA ALAM ✨🌊
Program Gotong-Royong Komuniti: Sayangi Pantai Batu Laut telah berlangsung meriah di Pantai Batu Laut, Tanjong Sepat dengan penyertaan sukarelawan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Program ini merupakan kerjasama antara Team Selangor, MPP MPKL Zon 23, JPKK Batu Laut, PKM DUN Tanjong Sepat dan SUKA.
Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Haji Borhan Aman Shah, Ahli Dewan Negeri Tanjong Sepat. Program ini turut memperlihatkan semangat kebersamaan dan cinta alam sekitar yang tinggi apabila komuniti sekitar bersama-sama membersihkan kawasan pantai Batu Laut.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Anda adalah #WiraSelangor yang sejati!
#TanjongSepat
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani