
Haaa… Perintis X Komuniti 2025 kembali
Jom kita lihat kemeriahan Zon 2 Pesta Merdeka @ Lembah Keramat bertempatkan di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat.
Bermula seawal pagi, suasana meriah dengan kehadiran sukarelawan, peserta pelbagai peringkat umur, serta mahasiswa/mahasiswi daripada 5 buah kampus bagi Zon 2.
Bukan sekadar zumba, gotong-royong dan rewang. Program ini juga menampilkan sukan rakyat, sukaneka, flea market, pemeriksaan kesihatan percuma dan pelbagai kaunter untuk komuniti Lembah Keramat seperti Kaunter Air Selangor, Trash to Cash, Jualan Rahmah, Kaunter Tebus Baucer Warga Emas, serta pelbagai reruai yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Juwairiya, Penyelaras DUN Hulu Kelang, dan TS Tuan Haji Hasrolnizam Bin Shaari, Timbalan Yang Dipertua MPAJ, yang mengetuai perarakan kemerdekaan mengelilingi kawasan perumahan sekitar Masjid As-Sobirin, di samping merasmikan Pesta Merdeka @ Lembah Keramat.
Bersama kita terus memupuk semangat merdeka untuk generasi akan datang.
Terima kasih kepada semua sukarelawan, peserta, dan pihak yang menjayakan program ini. Ia tidak akan lengkap tanpa anda!
#LembahKeramat
#PerintisXKomuniti2025
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani