
Bergerak hebat seperti zon-zon lain, Zon 7 iaitu zon luar tidak kurang meriah dengan penganjuran Program Semangat Sarong, Semangat Merdeka di Kampung Bukit Naga, Shah Alam.
Bertempat di Dewan Tulip MBSA, program ini mencatat kehadiran lebih 800 pengunjung, termasuk 80 pelajar dari UMPSA dan UNISZA yang hadir bagi menyemarakkan lagi suasana kemerdekaan bersama penduduk setempat.
Pengisian utama merangkumi rewang komuniti di Masjid Himmatul Aliyah yang diketuai oleh Encik Izam bin Ahmad, konvoi bermotor mengelilingi kampung, pemeriksaan kesihatan percuma oleh SARING Selangor, sukaneka tradisional, serta persembahan kebudayaan kanak-kanak. Semangat kerjasama jelas terpancar apabila komuniti, sukarelawan, dan pelajar berganding bahu menjayakan setiap aktiviti.
Program ini turut mendapat kunjungan YB Tuan Prekas Sampunathan, ADUN Kota Kemuning, Ustaz Muhammad Zawawi bin Ahmad Mughni, Penyelaras DUN Sungai Kandis, dan Encik Nathindran Raj A/L Baskaran, Majlis Perwakilan Perumahan Zon 13 MBSA yang meluangkan masa menyantuni komuniti dan pelajar yang hadir.
Majlis Penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Azmi bin Jusoh, Pengurus Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Raja, dengan dihadiri oleh Encik Zulkifli bin Intan dan Encik Izam bin Ahmad selaku Ketua Kampung JPKK dan JPKKP Bukit Naga, serta Puan Norasiah binti Mokti, Guru Besar SK Bukit Naga.
Diharapkan program seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan dengan komuniti, malah memberi pelajar pengalaman berharga dalam penganjuran program akar umbi yang boleh dimanfaatkan pada masa hadapan.
#BukitNaga
#PerintisXKomuniti
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani