Mengejar BMI yang Ideal

Sebagai satu usaha untuk menghidupkan budaya hidup sihat dan cergas, Team Selangor dengan kerjasama Woman Inspiration Association Selangor (WINAS) dan KONSPEN Golden Villa telah menganjurkan program BMI Challenge.
Program ini diadakan setiap hari Ahad (Sepanjang Januari 2023) di Ikeda Peace Park, Taman Klang Jaya bermula jam 7:30 pagi hingga 9:30 pagi.
Minggu pertama telah dihadiri seramai 30 orang peserta melakukan senaman aerobic dan Zumba secara bersama.
BMI Challenge ini terbuka kepada orang ramai dan tiada yuran dikenakan. Bagi yang berminat hubungi En Amir di talian 019-5919413 untuk maklumat lanjut.
Komuniti Sihat Selangor Maju!

Share this post