📢 MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM TEAM SELANGOR BIKE DAY 2025
Dimaklumkan bahawa program Team Selangor Bike Day 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 20 September 2025 (Sabtu) di Taman Eko Rimba Sungai Sendat, Ulu Yam, *DITANGGUHKAN* ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Penangguhan ini dibuat atas faktor keselamatan semua peserta berikutan amaran awal daripada Jabatan Meteorologi Malaysia berkaitan keadaan cuaca buruk yang dijangka melibatkan hujan lebat dan ribut petir pada tarikh berkenaan.
Kami amat menghargai sokongan serta komitmen semua peserta dan sukarelawan yang telah bersedia menyertai program ini. Keselamatan anda menjadi keutamaan kami, dan segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.
Sebarang tarikh baharu serta maklumat lanjut berhubung penganjuran program ini akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Team Selangor.
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani
