
Kolokium Perintis 2025
Biarpun sumbangan yang diberikan kecil, impaknya tetap besar buat komuniti. Yang penting bukan sekadar pencapaian di penghujungnya, tetapi juga perjalanan penuh pengalaman yang dilalui bersama.
Selama 8 minggu bersama, pelbagai memori manis tercipta, membina diri dan menanam nilai berharga untuk masa depan. Semua ini bukan sekadar kenangan, tapi bekal untuk jadi mahasiswa dan mahasiswi yang lebih matang serta berguna pada masa depan.
Tahniah buat semua Perintis Team Selangor 2025 atas semangat juang dan komitmen kalian, program ini berjaya meninggalkan makna yang besar. Semoga terus memberi inspirasi dan impak positif buat pembangunan belia dan mahasiswa, khasnya di Negeri Selangor.
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani