Kg. Parit Mahang meriah sambut Hari Malaysia!

Kg. Parit Mahang meriah sambut Hari Malaysia!

16 September telah dimeriahkan oleh komuniti Kg. Parit Mahang dengan Program Sukaneka Hari Malaysia 2025 anjuran JPKK Kg. Parit Mahang yang berlangsung di Padang Balairaya Kg. Parit Mahang , Kuala Selangor.

Telatah dan gelagat komuniti sekitar dapat dilihat menerusi aktiviti menarik seperti zumba, sukaneka, permainan tradisional, pakaian dan basikal berhias yang penyertaannya sangat memberasangkan dari penduduk dari segenap lapisan.

Wakil Pejabat Parlimen Kuala Selangor dan Penyelaras Dun Ijok turut hadir memeriahkan dan beramah mesra bersama masyarakat setempat. Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana kehadiran & sokongan anda menjadikan program ini satu kejayaan bersama.

Semoga semangat perpaduan & cintakan tanah air terus disemarakkan dalam kalangan kita semua.

Ingin sertai aktiviti seperti ini di kawasan anda?
Ayuh tekan pautan di bio untuk daftar sebagai sukarelawan Team Selangor.

#ParitMahang
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani

Share this post