Pameran Team Selangor Sempena Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Piala Dato’ Menteri Besar Selangor 2025 di UNISEL Bestari Jaya berlangsung dengan suasana yang meriah dan penuh aktiviti.
Dari pagi sampai petang, booth Team Selangor dikunjungi lebih 3,000 pelajar dan pengunjung dari seluruh daerah. Selain pameran, pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan seperti Kad Permainan Orang Minyak, Negara Idaman, dan Roda Happy Hour Team Selangor dengan hadiah-hadiah menarik.
Ini merupakan kali kedua Team Selangor menyertai program ini. Bukan sekadar memberi sokongan, tapi turut membawa pengalaman yang seronok dan bermanfaat buat anak muda.
Pertandingan kawad jadi pentas untuk pelajar tunjuk disiplin, kerjasama dan semangat pasukan. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya merangkul kejuaraan!
Yang dah daftar sukarelawan, jumpa di program seterusnya! 🥰
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani
