Karnival Sukan Futsal Belia Kampung Tanjong Sepat

Gelanggang Futsal Kampung Tanjong Sepat menjadi medan kehangatan sukan komuniti apabila Karnival Sukan Futsal Belia anjuran JPKK Tanjong Sepat dengan kerjasama Team Selangor dan Hanabian FT berlangsung dengan meriah! 🎉

Antara tarikan istimewa program kali ini ialah perlawanan futsal sambil memakai kain pelikat, yang bukan sahaja mencuit hati, tetapi juga membawa mesej penting tentang kepentingan mengekalkan warisan dan identiti tradisi dalam aktiviti moden.

Yang Berhormat Datuk Haji Borhan Aman Shah, ADN Tanjong Sepat turut hadir menyempurnakan perasmian program.

Turut berlangsung ialah sesi perkongsian khas bersama Team Selangor yang memperkenalkan inisiatif dan peluang penyertaan belia dalam program komuniti negeri.

Sebagai penutup, semua peserta futsal berganding bahu dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar gelanggang futsal sebagai satu simbolik kerjasama dan tanggungjawab sosial yang wajar dicontohi.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan hadir memeriahkan acara. Inisiatif seperti ini membuktikan bahawa belia kita mampu menjadi agen perpaduan dan perubahan positif dalam komuniti. ❤️✨

#TanjongSepat
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani

 

Share this post