Pada 1 dan 2 Oktober lalu, sekumpulan 10 peserta Helang Hikers telah melakukan pendakian di Sungai Batangsi, Semenyih diketuai oleh En. Khairil Aslan dan En. Munzir, krew dari Kem Anugerah Alam Batangsi. Pendakian mengambil masa selama 4 jam.
Selain menggalakkan gaya hidup sihat, jelajah ekspedisi ini bertujuan menerapkan penghayatan dan penghargaan terhadap khazanah alam dengan aktiviti gotong-royong dan plogging. Sejumlah 11.2 kg sampah berjaya dikutip dalam perjalanan turun oleh peserta.
Jelajah ini rentetan daripada Program Bengkel Pendakian Gunung yang mengetengahkan pemahaman teori dan praktikal berkaitan aspek keselamatan dan tips pendakian.