Sesi induksi Perintis Team Selangor 2025 membuka tirai dengan menghimpunkan barisan anak muda terpilih daripada pelbagai universiti dalam dan luar Selangor.
Bukan sekadar sesi perkenalan, para perintis juga telah mula merangka perancangan awal untuk program Perintis X Komuniti. Ia merupakan langkah pertama ke arah pelaksanaan program yang lebih tersusun, berimpak dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Team Selangor terus komited memperkasa anak muda melalui pembudayaan nilai kesukarelawanan dan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa, agar mereka mampu menjadi pengantara yang menghubungkan kampus, komuniti dan kerajaan negeri.
Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua Perintis Team Selangor 2025. Batch Ke-5 bagi program tahunan Team Selangor.
#teamselangor
#kitaselangor
#malaysiamadani