Team Selangor bersama komuniti di Pangsapuri Nilai Sari, Seksyen 7, Shah Alam telah mengadakan program Gotong-Royong “Keep Clean Denggi”.
Seramai 100 orang telah hadir membersihkan kawasan persekitaran pangsapuri dan blok kediaman masing-masing. Sebanyak 478 kilogram sampah telah dikumpulkan dan kemudiaannya diasingkan untuk proses kitar semula.
Program siri ketiga ini merupakan kerjasama di antara Persatuan Penduduk Pangsapuri Seksyen 7, Team Selangor, MPP Zon 3 dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Anggerik.
Siri keempat “Keep Clean Denggi” akan diadakan pada 29 Januari 2023.
Basmi Denggi, Jaga Komuniti!
