Team Selangor merupakan satu inisiatif yang digerakkan oleh Seketariat Kesedaran Kenegaraan dan Kesukarelaan Negeri Selangor.
Inisiatif ini terbuka kepada orang ramai yang menetap di Selangor. Umumnya, sesiapa sahaja yang merasakan atau ingin merasakan dirinya sebahagian daripada negeri Selangor sangat digalakkan untuk menyertai Team Selangor tanpa mengira latar belakang pekerjaan, pendidikan mahupun had usia.
Inisiatif ini terbuka kepada orang ramai yang menetap di Selangor. Jelasnya, sesiapa sahaja yang merasakan atau ingin merasakan dirinya sebahagian daripada negeri Selangor sangat digalakkan untuk menyertai Team Selangor tanpa mengira latar belakang pekerjaan, pendidikan mahupun had usia.
Semenjak 2017, Team Selangor giat menjalankan aktiviti kesukarelawanan dan pemerkasaan komuniti di seluruh negeri Selangor. Lebih dari 1000 program dijalankan, dan 20,000 orang sukarelawan digerakkan dalam aktiviti pemerkasaan komuniti selama ini. Team Selangor kekal komited dalam meningkatkan kesedaran kenegaraan, kesatuan tenaga dan sikap kepimpinan dalam kalangan anak muda negeri Selangor. Dengan tema Maju Bersama, Selangor disasarkan menjadi negeri contoh dalam pembangunan pelbagai bidang.
Memberi pendedahan tentang konsep kenegaraan, kesukarelawanan dan tanggungjawab sivil. Merekrut dan mengekalkan sukarelawan yang turut serta membangunkan komuniti. Membina generasi yang berilmu dan berkemahiran peralatan untuk melakukan penambahbaikan secara peribadi dan berkelompok. Menjadi pemudahcara mendapatkan maklumat daripada rakyat, menyampaikan dasar kerajaan dan mencari penyelesaian.
Antara tema program team selangor berkonsepkan Pembangunan Masyarakat, Kesaksamaan Gender, Hak Asasi Manusia, Pemerkasa Sosio Ekonomi, Pemeliharaan Alam Sekitar, Kebudayaan.
Team Selangor menggalakkan masyarakat negeri Selangor menganjurkan program sukarelawan memperkasa masyarakat dan menghasilkan penyelesaian setempat. Kami akan bertindak sebagai pemudah cara dalam memastikan hasil dan impak dapat dirasai semua pihak.
Hebahan khas untuk sukarelawan Team Selangor berkaitan program yang sedang & akan dijalankan.
Catatan aktiviti untuk program-program utama Team Selangor meliputi TS Muafakat (#TenagaKita dan #ProjekSihat), TS Celik (Pemetaan Kerja dan Bengkel Ekonomi ), TS Rangers(Pemuliharaan Tapir dan Pemuliharan Sungai), TS Squad Pasca Bencana dan juga & TS Komuniti (Geran Komuniti).
Kami sangat aktif di sosial media. Galeri ini adalah daripada gambar di Facebook, Instagram dan lain lain. Boleh follow kami di Media Sosial.
Menggalakkan masyarakat negeri Selangor menganjurkan program sukarelawan memperkasa masyarakat dan menghasilkan penyelesaian setempat. Team Selangor menawarkan dana sehingga RM 5,000 untuk setiap projek komuniti