Geran Komuniti

Latar

Inisiatif Team Selangor ini merupakan satu lagi usaha berterusan Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasakan rakyat di negeri ini. Team Selangor memiliki tiga matlamat utama iaitu memupuk nilai kesukarelawanan dan mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti di Selangor, membantu mengenal pasti isu-isu setempat dan menghasilkan penyelesaian yang bersifat lokal, melalui penglibatan langsung daripada komuniti di peringkat akar umbi, mempertingkatkan lagi kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan di negeri Selangor, baik di peringkat negeri mahupun kerajaan tempatan.

Objektif

Skim Geran Sukarelawan Team Selangor ini adalah sebahagian daripada Insiatif Team Selangor bagi menggalakan penyertaan masyarakat sivil bagi mencapai matlamat Team Selangor sebagaimana yang dinyatakan di atas. Lebih khusus lagi
skim ini bertujuan:
1. Menggalakkan masyarakat sivil – yang berdaftar secara formal mahupun tidak – di Selangor menganjurkan program-program kesukarelawanan yang dapat memperkasa komuniti.
2. Menggalakkan masyarakat di Selangor untuk terlibat aktif dalam kerja kesukarelawanan
3. Meningkatkan kerjasama antara pelbagai sektor masyarakat di Selangor dengan agensi kerajaan negeri dalam menghasilkan penyelesaian setempat.

Tema Utama

Dalam mencapai objektif di atas, inisiatif ini akan menumpukan perhatian serta sumber terhadap aktiviti yang berbentuk berikut:
1. Memenuhi keperluan asas – menyokong usaha dalam menyediakan kemudahan kesihatan, pendapatan, kebersihan dan pendidikan
2. Kesaksamaan Gender – usaha yang membantu kaum wanita menyertai arus pembangunan sosio-ekonomi dan kerjaya mereka
3. Hak Asasi Manusia, Urustadbir Baik dan Demokrasi – usaha untuk meningkatkan pematuhan kepada hak asasi, nilai-nilai integriti dan keselamatan umum serta penyertaan rakyat di dalam proses politik negara serta meningkatkan peranan masyarakat madani
4. Pemerkasaan tahap sosio-ekonomi – menyokong usaha membina jatidiri masyarakat dan kemahiran meningkatkan tahap kemampuan sosio-ekonomi dan pengurangan kebergantungan kepada bantuan kerajaan; serta
5. Pemeliharaan Alam Sekitar – membantu komuniti melindungi dan menyumbang kepada penyelesaian masalah alam sekitar
6. Kebudayaan – mendokong aktiviti kebudayaan untuk meningkatkan lagi hubungan antara ahli komuniti dan penghargaan terhadap tradisi setempat.

Siapa yang layak memohon?

1. Skim ini terbuka kepada organisasi formal mahupun tidak formal yang bertempat di Selangor.
2. Meskipun Sekateriat mengutamakan permohonan daripada organisasi yang berdaftar, permohonan daripada orang perseorangan atau perkumpulan individu tanpa organisasi turut akan dipertimbangkan.
3. Mereka yang memohon tidak semestinya berasal daripada Selangor tetapi harus bermastautin di Selangor sama ada atas tujuan kerja atau belajar.
4. Projek yang dicadangkan harus berada dalam Negeri Selangor dan memberi manfaat kepada masyarakat Selangor
5. Projek yang akan dipertimbangkan mestilah yang berbentuk mempupuk kesukarelawanan dan kesedaran sivik yang meliputi tema yang disenaraikan.

Bagaimana untuk memohon?

1. Setiap permohonan harus menggunakan borang rasmi yang boleh diisi secara atas talian di www.teamselangor.org
2. Permohonan boleh dibuat dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
3. Pemilihan akan dibuat oleh Seketariat Inisiatif Kenegaraan dan Pemerkasaan Komuniti Selangor dalam tempoh dua minggu selepas tamat permohonan.
4. Permohonan yang lewat daripada tarikh akhir tidak akan dilayan.

Garis Panduan Asas Permohonan Skim Geran Sukarelawanan Team Selangor

Inisiatif Team Selangor akan menumpukan perhatian kepada pencapaian aktiviti berikut:

  • Mewujudkan lapisan masyarakat, khususnya generasi muda yang celik tentang konsep kenegaraan serta mempunyai asas tanggungjawab sivil;
  • Membentuk masyarakat berdaya atau empowered untuk mengurus keperluan komuniti secara teratur dan berkesan
  • Membentuk lapisan masyarakat, khususnya generasi muda yang berilmu serta mempunyai kemahiran dan peralatan untuk melakukan penambahbaikan secara peribadi dan berkelompok.

Garis Panduan Perbelanjaan

Perbelanjaan dalam bentuk imbuhan balik yang dibenarkan di bawah inisiatif ini tertakluk kepada peraturan seperti berikut.

Kategori Peruntukan Perbelanjaan Program (Per Aktiviti):

KategoriSkalaPeruntukan (RM)KelulusanPesertaVolunteerValue-Add
1Kecil< 1000Pengurus Program25 – 5010 – 20Kecil
2Sederhana1000 – 2000Sekretariat50 – 10025 – 50Sederhana
3Besar2000 – 3000Sekretariat100 – 20050++Besar
4Projek Khas> 3000Management> 200> 100Khusus

Penerima Manfaat Inisiatif

1. Badan Bukan Kerajaan yang berdaftar, tetapi bukan Parti Politik
2. Organisasi tidak berdaftar atau kumpulan perseorangan (pengurusan kewangann akan dilaksanakan oleh pihak Sekretariat)
3. Pusat Khidmat DUN atau Ahli Parlimen atau Penyelaras
4. Individu atau Syarikat yang membekalkan barangan atau perkhidmatan yang bersesuaian

Imbuhan Balik (tertakluk kepada bajet)

1. Sewa dewan atau ruang mesyuarat
2. Catering / bahan makanan / bahan keperluan
3. Canopy / khemah / PA-system
4. Banner / Bunting – diuruskan oleh Sekretariat
5. Publicity materials – diuruskan oleh Sekretariat
6. Speakers / trainers honorariums – diuruskan oleh Sekretariat (nama boleh dicadangkan untuk speaker)
7. Bahan salinan cetak serta alatulis – diuruskan Sekretariat
8. Projektor dan skrin – diuruskan Sekretariat Tidak dibenarkan :
1. Gaji/elaun bulanan
2. Penginapan
3. Hiburan termasuk makan dan minuman
4. Sewaan ruang pejabat
5. Peralatan dan bahan pejabat (komputer, telefon, projectors)
6. Bil-bil letrik, air dan internet
7. ‘Merchandising’
8. Publications
9. Cenderahati untuk tetamu kehormat
10. Sewaan/kos untuk pengangkutan
(Tertakluk kepada bajet dan garis panduan/kriteria pihak kewangan dan admin/urusetia)