
Pada 19 Jun 2025, pegawai-pegawai Team Selangor telah membuat perjumpaan bersama barisan nadi utama gerakan sukarelawan Team Selangor untuk bersama-sama menjalinkan ukhwah antara barisan pegawai dan sukarelawan serta merancang aktiviti dan penambahbaikan untuk suku kedua tahun 2025. Perjumpaan ini diadakan di Warunk Koffie, Shah Alam dan bermula dari 8.30 pagi sehingga 2.00 petang dan telah mendapat maklum balas yang positif oleh semua sukarelawan dan diharapkan program sedemikian diadakan lagi bagi memastikan hubungan antara para sukarelawan dan pegawai kekal terjalin.