Futsal Wanita Team Selangor Lembah Jaya

Reverse Card ke ni? 🔥⚽️
Hebat betul wanita Lembah Jaya beraksi di gelanggang futsal!

Suasana di Kompleks Sukan D’Star Arena, Ampang pada Ahad lalu bergema dengan sorakan apabila berlangsungnya Futsal Wanita Team Selangor DUN Lembah Jaya.

Seramai 30 wanita hebat turun berentap, menampilkan bakat, stamina dan semangat kesukanan yang tinggi. Setiap gerakan bukan sekadar soal jaringan gol, tetapi simbol kebersamaan, kekuatan dan keyakinan wanita Lembah Jaya.

Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah turut memperkukuh ukhuwah serta keceriaan komuniti, seiring misi Team Selangor memperkasakan belia dan wanita di seluruh DUN.

✨ Ikuti media sosial Team Selangor Official untuk perkembangan program menarik seterusnya!

#LembahJaya
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani

Share this post