Dewan Orang Ramai AU1/2 bergema!
Sabtu lalu, Taman Keramat digegarkan dengan alunan muzik yang bertenaga ketika berlangsungnya Zumba Wanita Team Selangor Siri ke-2!
Seramai 50 wanita Hulu Klang hadir memeriahkan suasana, bergerak seiring rentak zumba penuh semangat dan menyeronokkan. Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah turut mengeratkan ukhuwah dan keceriaan komuniti setempat.
Dengan bimbingan Coach Naniecap dan Coach Ayu, para peserta menikmati setiap gerakan zumba sambil mengisi masa dengan aktiviti bermanfaat untuk kesihatan fizikal dan mental.
Wanita Hulu Klang kuat, sihat & bersatu – inilah semangat sebenar #KitaSelangor!
Inginkan pelbagai program menarik di kawasan anda, tekan pautan pendaftaran di bio kami!
#HuluKlang
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani
