TS Komuniti

Pertandingan Mobile Legends Tertutup Bukit Naga

Pertandingan Mobile Legends Tertutup Bukit Naga Anjuran Team Selangor bersama Belia 4B Kota Raja telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Julai 2025 di Dewan Tulip, Bukit Naga. Sebanyak 16 pasukan melibatkan 92 orang belia telah bertanding. Turut hadir memeriahkan program ialah Penyelaras DUN Sungai Kandis, Ustaz Zawawi Mughni, Pengerusi JPKKP Bukit Naga, Tok Nizam dan […]

Pertandingan Mobile Legends Tertutup Bukit Naga Read More »

Festival Turath Islami 3.0 Selangor 2025

Hari ketujuh Festival Turath Islami Selangor (FTIS 3.0) menyaksikan kehadiran ribuan pencinta ilmu agama yang membanjiri Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi menghadiri syarahan perdana yang berlangsung malam tadi. Syarahan bertajuk “Pedoman Mendidik Anak ke Arah Menghargai Warisan Keilmuan Islam” telah disampaikan oleh pendakwah terkemuka, Dr. Adi Hidayat dari Indonesia. Turut hadir

Festival Turath Islami 3.0 Selangor 2025 Read More »

GOTONG-ROYONG MADANI KAMPUNG TANJUNG SEPAT

Program Gotong-Royong Madani ini merupakan anjuran bersama Team Selangor dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Sepat. Program ini dilihat bertujuan memupuk semangat kerjasama dan memperindah kawasan komuniti. Aktiviti gotong-royong telah berlangsung bermula jam 2.00 petang di sekitar kawasan Balairaya Kampung Tanjung Sepat, dengan penyertaan aktif daripada golongan belia, wanita dan penduduk setempat. Majlis

GOTONG-ROYONG MADANI KAMPUNG TANJUNG SEPAT Read More »

Program Rewang Bubur Asyura Komuniti Persatuan Penduduk Pangsapuri Seksyen 7 (PPPS7) 

Rewang bukan sekadar senduk dan kuali, tapi pengikat hati dalam komuniti yang harmoni 🧑‍🍳✨ Program Rewang Bubur Asyura Komuniti Persatuan Penduduk Pangsapuri Seksyen 7 (PPPS7) bersama Team Selangor telah berjaya dilaksanakan pada hujung minggu yang lalu. Rewang yang berlangsung di Bilik Gerakan KRT, Pangsapuri PKNS Seksyen 7, Shah Alam telah berjaya menghimpunkan seramai 35 orang

Program Rewang Bubur Asyura Komuniti Persatuan Penduduk Pangsapuri Seksyen 7 (PPPS7)  Read More »

Program Rewang dan Ceramah Maal Hijrah

Program Rewang dan Ceramah Maal Hijrah anjuran bersama Team Selangor, Surau Al-Mukmin PPR Seksyen 8, dan Pertubuhan Kebajikan PPR Seksyen 8 Kota Damansara telah berlangsung dengan jayanya. Aktiviti rewang yang dijalankan bukan sahaja memperlihatkan semangat gotong-royong, malah memperkukuh hubungan erat dalam kalangan komuniti PPR Seksyen 8. Majlis turut diserikan dengan ceramah Maal Hijrah yang disampaikan

Program Rewang dan Ceramah Maal Hijrah Read More »

Selangor Team Aerodance Ria (STAR) Siri 1

Walaupun bukan hujung minggu, program ini tetap berjaya menghimpunkan 53 wanita dari sekitar Klang yang penuh semangat menyertai Selangor Team Aerodance Ria (STAR) Siri 1 di SK Kg Johan Setia. Program bermula dengan pendaftaran dan taklimat oleh En. Ubaidah Basit, Pegawai Program Komuniti Sg Kandis & Pelabuhan Klang, disusuli sesi Aerodance yang meriah dan berakhir

Selangor Team Aerodance Ria (STAR) Siri 1 Read More »

Program Gotong-Royong Komuniti: Sayangi Pantai Batu Laut

SELANGOR CINTA ALAM ✨🌊 Program Gotong-Royong Komuniti: Sayangi Pantai Batu Laut telah berlangsung meriah di Pantai Batu Laut, Tanjong Sepat dengan penyertaan sukarelawan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Program ini merupakan kerjasama antara Team Selangor, MPP MPKL Zon 23, JPKK Batu Laut, PKM DUN Tanjong Sepat dan SUKA. Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Haji Borhan

Program Gotong-Royong Komuniti: Sayangi Pantai Batu Laut Read More »

Rewang Awal Muharram di Flat Taman Medan Cahaya

Surau Attaufiqiah, Flat Taman Medan Cahaya cukup meriah apabila 50 orang penduduk bersama-sama dalam mengimarahkan Program Rewang Awal Muharram. Turut memeriahkan program, Ahli Majlis MBPJ Zon 18, Encik Muhammad Nabil Halimi sudi hadir untuk merasmikan program dan beramah mesra bersama komuniti Flat Taman Medan Cahaya. Lebih mengujakan lagi, program ini turut menyediakan pemeriksaan darah secara

Rewang Awal Muharram di Flat Taman Medan Cahaya Read More »