Perintis Team Selangor

Pembersihan Pasca Banjir – Gombak

Susulan banjir kilat yang melanda semalam, seramai 30 sukarelawan digerakkan ke Kampung Kerdas, Gombak bagi melaksanakan misi pembersihan pasca banjir. Sesi kali ini menyaksikan penyertaan 17 sukarelawan UNISEL Bestari Jaya serta 13 sukarelawan Team Selangor, bersama-sama membersihkan kawasan terjejas dan membantu keluarga yang terlibat. Hasil usaha bersama, empat buah rumah berjaya dibersihkan, merangkumi kerja mengeluarkan […]

Pembersihan Pasca Banjir – Gombak Read More »

Pembersihan Banjir Hari Kedua – Ijok

Hari kedua kami di Kampung Parit Mahang bagi pembersihan pasca banjir dengan kekuatan sukarelawan 100 orang daripada Kolej Five Best dan UNISEL Bestari Jaya. Kerja pembersihan sejumlah 10 biji rumah sekitar Kampung Parit Mahang berjaya dibersihkan hari ini. Pembersihan Mega ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama JPKK Bukit Kuching, Pejabat Parlimeb Kuala Selangor, Pejabat Ahli Majlis

Pembersihan Banjir Hari Kedua – Ijok Read More »

SUKARELAWAN BAJIR DIPERLUKAN!!! RAKYAT SELANGOR JANGAN TIDUR

PANGGILAN SUKARELAWAN BENCANA BANJIR Siap sedia, Skuad Bencana dipanggil! Team Selangor memerlukan sukarelawan untuk membantu kerja-kerja pasca banjir seperti pembersihan kawasan terjejas bagi meringankan beban mangsa yang terkesan. ⚠️ Keselamatan Anda Keutamaan KamiPastikan anda hadir dengan:1. Kasut bertutup2. Sarung tangan (disediakan)3. Pakaian sesuai kerja pembersihan4. Air minuman sendiri Mari bersama kita menghulurkan tenaga dan sokongan

SUKARELAWAN BAJIR DIPERLUKAN!!! RAKYAT SELANGOR JANGAN TIDUR Read More »

Kolokium Perintis Team Selangor 2025; Kemensah

Kolokium Perintis 2025 Biarpun sumbangan yang diberikan kecil, impaknya tetap besar buat komuniti. Yang penting bukan sekadar pencapaian di penghujungnya, tetapi juga perjalanan penuh pengalaman yang dilalui bersama. Selama 8 minggu bersama, pelbagai memori manis tercipta, membina diri dan menanam nilai berharga untuk masa depan. Semua ini bukan sekadar kenangan, tapi bekal untuk jadi mahasiswa

Kolokium Perintis Team Selangor 2025; Kemensah Read More »

Perintis Team Selangor 2025 : Zon 6 Kampung Orang Asli Bukit Bangkong

Bila sebut semangat gotong-royong, Zon 6 sentiasa ada dengan sentuhan uniknya. Jauh dari hiruk-pikuk bandar, Kampung Orang Asli Bukit Bangkong menjadi lokasi Program Cok’ohook (Jom) Rewang Merdeka yang menyatukan komuniti dan sukarelawan dalam sambutan kemerdekaan berteraskan adat gotong-royong Orang Asli. Sambutan ini menggabungkan tradisi dan semangat patriotik. Persiapan bermula sejak petang sebelumnya dengan penyediaan bahan

Perintis Team Selangor 2025 : Zon 6 Kampung Orang Asli Bukit Bangkong Read More »

Perintis Team Selangor 2025 : Zon 7 Bukit Naga

Bergerak hebat seperti zon-zon lain, Zon 7 iaitu zon luar tidak kurang meriah dengan penganjuran Program Semangat Sarong, Semangat Merdeka di Kampung Bukit Naga, Shah Alam. Bertempat di Dewan Tulip MBSA, program ini mencatat kehadiran lebih 800 pengunjung, termasuk 80 pelajar dari UMPSA dan UNISZA yang hadir bagi menyemarakkan lagi suasana kemerdekaan bersama penduduk setempat.

Perintis Team Selangor 2025 : Zon 7 Bukit Naga Read More »

Perintis X Komuniti 2025 : Zon 5 Dusun Tua

Riuh Sekampung Selangor Lestari di Dusun Tua Kalau nak tahu bagaimana suasana 600 orang berkumpul dalam satu program, kita bawakan dari Zon 5. Riuh Sekampung Selangor Lestari 2025 di Kampung Batu 16, Dusun Tua menghidupkan semangat komuniti dari pagi hingga petang. Program bermula dengan Konvoi Merdeka dari Kampung Batu 21 yang dilepaskan oleh Pengerusi JPKK

Perintis X Komuniti 2025 : Zon 5 Dusun Tua Read More »

Perintis X Komuniti 2025 : Zon 3 Taman Medan

Selesai di Zon 1, kita bergerak ke Zon 3. Apa pula ceritanya di sini? Berlandaskan konsep Semangat Merdeka, Perintis Team Selangor Zon 3 bersama komuniti telah menganjurkan program bermakna untuk penghuni Flat 32, Taman Medan. Dengan penyertaan 100 komuniti setempat, program ini menjadi pentas untuk menyemai semangat patriotisme. Aktiviti seperti senamrobik, gotong-royong dan cakna denggi

Perintis X Komuniti 2025 : Zon 3 Taman Medan Read More »