Kesedaran Sivik

PERINTIS X KOMUNITI 2025 – AKTIVITI MINGGU INI

Perintis x Komuniti 🔥 Ayuh, rakyat Selangor! Jom raikan semangat Merdeka bersama Team Selangor di pelbagai lokasi seluruh Selangor pada 9 dan 10 Ogos 2025! Nikmati aktiviti seronok yang mengeratkan kita sebagai satu komuniti. Jangan ketinggalan. Sertai keseronokan di lokasi terdekat anda! ❤️💛 #PerintisXkomuniti#TeamSelangor#KitaSelangor#MalaysiaMadani

PERINTIS X KOMUNITI 2025 – AKTIVITI MINGGU INI Read More »

CERITA MALAYSIA: DARI SUKARELAWAN KE KERJAYA

Saksikan perkongsian inspirasi daripada Zahira Azreen, Pegawai Program Pembangunan Mahasiswa dan Anak Muda, Team Selangor, dalam segmen “Cerita Malaysia” menerusi rancangan Apa Khabar Malaysia di Bernama TV. Tarikh: 8 Ogos 2025 (Jumaat)Masa: 9.00 – 10.00 pagi Siaran langsung di Astro, siaran 502 dan platform lain seperti Facebook dan YouTube BERNAMA TV Ayuh dengarkan kisah bagaimana

CERITA MALAYSIA: DARI SUKARELAWAN KE KERJAYA Read More »

Pertandingan Mobile Legends Tertutup Bukit Naga

Pertandingan Mobile Legends Tertutup Bukit Naga Anjuran Team Selangor bersama Belia 4B Kota Raja telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Julai 2025 di Dewan Tulip, Bukit Naga. Sebanyak 16 pasukan melibatkan 92 orang belia telah bertanding. Turut hadir memeriahkan program ialah Penyelaras DUN Sungai Kandis, Ustaz Zawawi Mughni, Pengerusi JPKKP Bukit Naga, Tok Nizam dan

Pertandingan Mobile Legends Tertutup Bukit Naga Read More »

Festival Turath Islami 3.0 Selangor 2025

Hari ketujuh Festival Turath Islami Selangor (FTIS 3.0) menyaksikan kehadiran ribuan pencinta ilmu agama yang membanjiri Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi menghadiri syarahan perdana yang berlangsung malam tadi. Syarahan bertajuk “Pedoman Mendidik Anak ke Arah Menghargai Warisan Keilmuan Islam” telah disampaikan oleh pendakwah terkemuka, Dr. Adi Hidayat dari Indonesia. Turut hadir

Festival Turath Islami 3.0 Selangor 2025 Read More »

GOTONG-ROYONG MADANI KAMPUNG TANJUNG SEPAT

Program Gotong-Royong Madani ini merupakan anjuran bersama Team Selangor dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Sepat. Program ini dilihat bertujuan memupuk semangat kerjasama dan memperindah kawasan komuniti. Aktiviti gotong-royong telah berlangsung bermula jam 2.00 petang di sekitar kawasan Balairaya Kampung Tanjung Sepat, dengan penyertaan aktif daripada golongan belia, wanita dan penduduk setempat. Majlis

GOTONG-ROYONG MADANI KAMPUNG TANJUNG SEPAT Read More »

Rewang Awal Muharram di Flat Taman Medan Cahaya

Surau Attaufiqiah, Flat Taman Medan Cahaya cukup meriah apabila 50 orang penduduk bersama-sama dalam mengimarahkan Program Rewang Awal Muharram. Turut memeriahkan program, Ahli Majlis MBPJ Zon 18, Encik Muhammad Nabil Halimi sudi hadir untuk merasmikan program dan beramah mesra bersama komuniti Flat Taman Medan Cahaya. Lebih mengujakan lagi, program ini turut menyediakan pemeriksaan darah secara

Rewang Awal Muharram di Flat Taman Medan Cahaya Read More »

Induksi Perintis Team Selangor 2025

Sesi induksi Perintis Team Selangor 2025 membuka tirai dengan menghimpunkan barisan anak muda terpilih daripada pelbagai universiti dalam dan luar Selangor. Bukan sekadar sesi perkenalan, para perintis juga telah mula merangka perancangan awal untuk program Perintis X Komuniti. Ia merupakan langkah pertama ke arah pelaksanaan program yang lebih tersusun, berimpak dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Induksi Perintis Team Selangor 2025 Read More »

Program Team Selangor Minggu Ini

Sudah bersedia untuk minggu penuh aktiviti bersama Team Selangor? 💪✨ Ajak seluruh keluarga ! Ada zumba, rewang, gotong-royong, hiking dan pelbagai lagi menanti hujung minggu ini! 🌿🏃‍♀️ Jumpa di sana! Jangan lupa daftar sebagai sukarelawan Team Selangor (link di bio). #TeamSelangor #KitaSelangor #MalaysiaMadani

Program Team Selangor Minggu Ini Read More »

Gathering Core Sukarelawan Team Selangor 2025

Pada 19 Jun 2025, pegawai-pegawai Team Selangor telah membuat perjumpaan bersama barisan nadi utama gerakan sukarelawan Team Selangor untuk bersama-sama menjalinkan ukhwah antara barisan pegawai dan sukarelawan serta merancang aktiviti dan penambahbaikan untuk suku kedua tahun 2025. Perjumpaan ini diadakan di Warunk Koffie, Shah Alam dan bermula dari 8.30 pagi sehingga 2.00 petang dan telah

Gathering Core Sukarelawan Team Selangor 2025 Read More »