Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing!
Team Selangor bersama 25 orang sukarelawan turun padang bagi membersihkan kediaman di Lot 2657, Jalan Besar, Kampung Padang Jawa yang terbakar Jumaat lalu.
Aktiviti ini turut mendapat sokongan daripada Ahli Majlis MPP Zon 5 MBSA dan Mpkk Padang Jawa Klang
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjalankan tugas sebaik mungkin.
Semoga keluarga mangsa bersabar dan terus kuat menempuh ujian yang besar ini. 
