Kem Keluarga Bahagia, Komuniti Sejahtera menceriakan Kampung Ladang Batu!
Program dua hari di Laman Bonda anjuran Team Selangor, JPKK Kampung Ladang Batu, MPKL Zon 23 dan PKM DUN Tanjong Sepat berlangsung meriah dengan penglibatan aktif komuniti setempat.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk rewang memasak, kitar semula, serta pembentangan logo dan slogan keluarga yang mengeratkan hubungan erat antara komuniti.
Program ini turut disertai pemimpin tempatan melalui sesi interaktif bersama masyarakat, yang memperkukuh kefahaman tentang peranan komuniti dalam kesejahteraan setempat.
Kem ini berjaya mengeratkan hubungan antara pelbagai lapisan masyarakat.
Ingin sertai kami untuk aktiviti yang akan datang?
Klik pautan pendaftaran di bio!
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani
