Seminar Wasatiyyah & Membendung Ekstremisme 2.0 (Klang)

Ekstremisme? Kita tak layan!

Lebih 200 guru di bawah bimbingan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) JAIS Daerah Klang hadir dalam Seminar Wasatiyyah & Membendung Ekstremisme 2.0, yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.

Ekstremisme bukan sekadar perbezaan pandangan, ia adalah ancaman terhadap perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Dalam ucapan beliau, YAB Dato’ Seri juga menekankan cabaran dunia digital terhadap anak muda. Gajet tanpa pengawasan mampu membentuk cara fikir dan akhlak yang menyimpang daripada nilai sebenar.

Ibu bapa dan pendidik perlu berganding bahu memupuk keseimbangan antara kemajuan teknologi dan kemanusiaan.

Kerana pendidikan berwasatiyyah bukan hanya tentang ilmu, tetapi juga tentang membina jiwa yang tenang, beradab dan menghormati perbezaan.

Terima kasih kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI) JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang atas kolaborasi sebagai rakan strategik program ini.

Selangor terus menolak ekstremisme dan menjunjung nilai kesederhanaan demi masyarakat yang aman dan harmoni.

#TeamSelangor
#KitaSelangor
#AsatizahSelangor
#MalaysiaMADANI

Share this post