

Bak kata pepatah, timbalah ilmu sehingga ke negeri China.
Seramai 42 orang peserta telah menghadiri bengkel fotografi dan asas CapCut yang diadakan di Dewan Biru Muda, Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dun Permatang.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh En.Jazlan Ahmad dan En. Muhammad Amir Bin Shahrin dari Unit Latih Team Selangor. Pelbagai input menarik yang diberikan kepada komuniti setempat hari ini lebih-lebih lagi dalam penggunaan aplikasi edit mudah guna seperti CapCut.
Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat kepada peserta dan memberi nilai tambah kepada mereka dari segi pengetahuan tentang fotografi dan penyuntingan video.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Penyelaras Dun Permatang, Tuan Haji Mohd Yahya Bin Haji Mat Sahri selaku perasmi majlis penutup dan menyampaikan sijil kepada peserta.
Jika anda inginkan bengkel seperti ini diadakan dengan lebih kerap di kawasan anda? Jangan lupa klik pautan di bio untuk sertai kami dengan aktiviti yang akan datang.
#KualaSelangor
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani