
Bila sebut semangat gotong-royong, Zon 6 sentiasa ada dengan sentuhan uniknya.
Jauh dari hiruk-pikuk bandar, Kampung Orang Asli Bukit Bangkong menjadi lokasi Program Cok’ohook (Jom) Rewang Merdeka yang menyatukan komuniti dan sukarelawan dalam sambutan kemerdekaan berteraskan adat gotong-royong Orang Asli.
Sambutan ini menggabungkan tradisi dan semangat patriotik. Persiapan bermula sejak petang sebelumnya dengan penyediaan bahan masakan dan logistik oleh penduduk serta sukarelawan.
Sepanjang program, pelbagai aktiviti diadakan termasuk rewang memasak, gotong-royong membersihkan dewan, balairaya, bangsal dan perpustakaan, menanam 100 pokok, mempelajari kraf dan tarian Orang Asli, serta mengecat hiasan balairaya dan tadika.
Program ini disertai sukarelawan mahasiswa dari Universiti Cyberjaya (UOC), UNIKL MESTECH, MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Multimedia University (MMU). Kerjasama erat terjalin bersama Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) Majlis Perbandaran Sepang Zon Banghuris yang diwakili Encik Razali Bin Mat Pol, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tanjung Sepat yang dihadiri YB Datuk Haji Borhan Aman Shah, serta Tok Marin Mungai, Pengerusi JPKK merangkap Ketua Kampung Orang Asli Bukit Bangkong.
Lebih 200 penduduk mendapat manfaat, dengan 41 sukarelawan termasuk 14 Perintis Team Selangor Zon 6 terlibat. Aktiviti rewang menjadi nadi penghubung yang mengeratkan hubungan masyarakat, memupuk semangat kekitaan, patriotisme dan menghormati kepelbagaian budaya Malaysia.
#TanjongSepat
#PerintisXKomuniti
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani