
Riuh Sekampung Selangor Lestari di Dusun Tua
Kalau nak tahu bagaimana suasana 600 orang berkumpul dalam satu program, kita bawakan dari Zon 5.
Riuh Sekampung Selangor Lestari 2025 di Kampung Batu 16, Dusun Tua menghidupkan semangat komuniti dari pagi hingga petang.
Program bermula dengan Konvoi Merdeka dari Kampung Batu 21 yang dilepaskan oleh Pengerusi JPKK Batu 21 Sungai Lui, Mohd Razak Jalaludin bersama Pengerusi Kelab Iltizam Selangor, Azimudin Mohamed.
Antara pengisian utama termasuk penanaman pokok memperingati kanak-kanak Palestin, pelepasan ikan, gotong-royong di Kolam Air Panas, pertandingan mewarna, peragaan busana Merdeka, taklimat persediaan banjir, sumbangan bantuan, pemberian beg sekolah percuma, serta cabutan bertuah.
Turut hadir memberi sokongan ialah YB Tuan Haji Sany Bin Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Datuk Wira Haji Johan Bin Abd Aziz, ADUN Dusun Tua, YBhg. Tuan Haji Razali Abdul Aziz, Pegawai Penyelaras Parlimen Hulu Langat, Saipolyazan M Yusop, CEO MBI Selangor, YBhg. Tuan Norezudin Bin Kamaruddin, Tok Sidang Sudarta Bin Amnan, Ketua Kampung Batu 14 dan Ketua Kampung Batu 13.
Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga inisiatif sebegini terus menyemarakkan perpaduan dan kelestarian komuniti.
#DusunTua
#PerintisXKomuniti
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani