
Langkah kita diteruskan ke Zon 4 yang menyajikan kelainan tersendiri.
Gotong-royong bertemakan explorace bukan sahaja mengindahkan kawasan sekitar, malah mengeratkan hubungan antara sukarelawan melalui aktiviti santai dan mesra.
Rewang yang diadakan berjaya menyediakan pelbagai juadah istimewa seperti nasi putih, kari daging, ayam goreng berempah, ikan masin, ulam-ulaman, sambal belacan, dan pelbagai lagi. Tidak ketinggalan, bubur Asyura sebanyak dua kawah turut dimasak dan diagihkan kepada penduduk.
Bersempena tema Citra Adat Citra Bangsa, majlis turut diserikan dengan segmen penghargaan busana tradisional.
Turut hadir ialah YB Tuan Danial Al-Rashid bin Haron Aminar Rashid, ADN Batu Tiga, Encik Mohd Sanawi, wakil Ahli Parlimen Shah Alam, Encik Muhammad Alif Syukri, wakil Ahli Majlis Zon 8, Tuan Saiful Azuan bin Deraman, Ketua Kampung / Pengerusi JPKK Batu 3, dan Encik Muhd Khairul Hidayat bin Budjaza Ahmad, Tok Penghulu Mukim Damansara.
Semangat merdeka di Zon 4 membuktikan bahawa ia bukan sekadar slogan, tetapi tindakan bersama membangunkan komuniti, mengeratkan silaturahim, dan menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air.
#BatuTiga
#PerinXKomuniti
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani