Perintis X Komuniti 2025 : Zon 3 Taman Medan

Selesai di Zon 1, kita bergerak ke Zon 3. Apa pula ceritanya di sini?

Berlandaskan konsep Semangat Merdeka, Perintis Team Selangor Zon 3 bersama komuniti telah menganjurkan program bermakna untuk penghuni Flat 32, Taman Medan.

Dengan penyertaan 100 komuniti setempat, program ini menjadi pentas untuk menyemai semangat patriotisme.

Aktiviti seperti senamrobik, gotong-royong dan cakna denggi menjadi wadah memupuk perpaduan serta kesedaran bersama.

Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Halimey Abu Bakar, Penyelaras DUN Taman Medan, Puan Norah Binti Mansor, Ahli Majlis MBPJ Zon 17, dan Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi SWCorp.

Sebagai simbolik sambutan bulan kemerdekaan, bendera telah diserahkan kepada persatuan penduduk, surau, dan penduduk yang hadir, diiringi nyanyian lagu patriotik bersama-sama.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan penaja dan rakan kerjasama: Kao Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Ahli Majlis MBPJ Zon 17, MPP Zon 17, Persatuan Penduduk Flat 32, Surau Al-Husna, serta semua yang terlibat menjayakan program ini.

#TamanMedan
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani

Share this post