
Kali ni kita singgah Zon 1 pula!
Adakah Misi Kampung Tanjung Siam Tercapai?
Ya! Kampung Siam dan kawasan sekitarnya kini tampil lebih cantik, ceria dan bersih.
Perintis Team Selangor Zon 1 berganding bahu bersama komuniti setempat untuk membersihkan dan menambah baik Surau Al-Hijrah supaya lebih selesa digunakan oleh penduduk Kampung Tanjung Siam. Gotong-royong ini turut dibantu oleh 20 orang pelajar Pusat Tahfiz Al Muhammadiah, menjadikan suasana kerja lebih bersemangat dan bermakna.
Program bermula dengan zumba beramai-ramai, diikuti aktiviti gotong-royong sekitar kampung. Suasana bertambah meriah dengan pertandingan mewarna kanak-kanak dan rewang makanan tradisional yang membangkitkan nostalgia.
Terima kasih kepada semua sukarelawan, penduduk, JPKK Kampung Tanjung Siam, Pejabat Parlimen Kuala Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Klinik Uni Dental yang menjayakan Misi Kampung Tanjung Siam.
#BukitMelawati
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani