Gegar Bestari Jaya 2.0 : Bola Sepak Piala Perpaduan

GEGAR BESTARI JAYA 2.0: Bola Sepak Piala Perpaduan

Padang Awam Bestari Jaya bergema dengan sorakan apabila sembilan pasukan komuniti berentap dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan anjuran Ahli Majlis MPKS Zon 14, Tuan Vikneswar A/L Krishna Moorthy.

Perasmian disempurnakan oleh wakil Pejabat Parlimen Kuala Selangor, Tuan Zulkifli Kamarudin. Turut hadir, Penyelaras DUN Bukit Melawati, Tuan Thiban Subbramaniam dan Penyelaras DUN Ijok, Tuan Zailani Bin Kadir.

Syabas kepada semua pasukan yang bertanding! Semoga semangat kesukanan dan perpaduan ini terus subur di Zon 14.

✨ Mahu program seperti ini di kawasan anda?
Daftar sebagai sukarelawan melalui pautan di bio!

#TamanMalawati
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani

Share this post