Rewang Asyura Sekampung Sungai Kandis, Selangor
Program yang berlangsung di hadapan rumah Ketua Kampung Sungai Kandis, Tok Zarwazi, telah menyajikan dua hidangan bubur utama iaitu Bubur Asyura dan Bubur Somsom
Dengan kerjasama Team Selangor, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Kandis serta komuniti setempat, program ini menyerlahkan keharmonian penduduk, dari sesi rewang hinggalah ke pengagihan bubur kepada warga kampung.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan dalam usaha mempererat silaturahim dan menyemai semangat perpaduan, di samping menyokong inisiatif Kerajaan Negeri dalam memperkasakan komuniti setempat.
#SungaiKandis
#TeamSelangor
#KitaSelangor
#MalaysiaMadani
